Bimbang keselamatan pekerja, Datuk Rizalman nekad tutup ‘company’ 2 minggu

Melihat daripada situasi pandemik yang semakin memburuk, pastinya rakyat Malaysia mulai gerun kerana bimbang wabak maut itu bila-bila masa sahaja boleh menempel di badan kita.

Setakat hari ini, negeri Selangor masih menjadi kawasan yang mencatatkan jumlah kes positif tertinggi iaitu melebihi dari 1,000 kes.

Namun begitu, sektor ekonomi masih lagi beroperasi seperti biasa walaupun prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan sangat ketat.

Bimbang dengan keselamatan pengunjung dan juga para pekerja, syarikat milik pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim iaitu Rizalman Ibrahim Group Companies telah sepakat untuk menutup dan menyekat penuh semua pekerja dan operasi penjualan mereka selama 2 minggu.

 

Dalam kenyataan yang dimuat naik Datuk Rizalman sendiri di Instangram, pihak syarikatnya juga akan menutup semua penjualan atas talian bermula 12 malam ini bertujuan menjaga keselamatan pekerja serta membantu mengurangkan penularan wabak.

menerusi kapsyen yang disertakan dengan muat naik kenyataan rasmi itu, Datuk Rizalman memaklumkan biarlah pihak mereka dahulu melaksanakan perkara tersebut sebagai salah satu sokongan untuk membasmi gejala wabak demi kebaikkan semua.

Sehubungan dengan langkah bijak yang dilakukan oleh beliau, rata-rata warganet telah memuji tindakan pantas Datuk Rizalman dalam kepekaannya membantu mengurangkan penularan dalam sektor ekonomi.

Mereka juga berharap agar langkah yang diambil pereka fesyen itu dapat ditiru oleh para majikan  lain dalam menjaga keselamatan para pekerja serta orang awam.

 

 

 

 

 

Sumber: Datuk Rizalman