
Pekan bersama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal ketika meraikan atlet-atlet cemerlang pada Universiade Chengdu 2023 di Putrajaya. Foto: Sukan IPT
MALAYSIA masih belum mengibarkan bendera putih dalam mengharapkan Indonesia, tuan rumah Sukan Universiti Asean (AUG) 2024 menganjurkan acara bola sepak pada temasya yang dijadualkan berlangsung di Surabaya dan Malang dari 25 Jun sehingga 6 Julai tahun depan.
Malah menurut Timbalan Setiausaha Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Dr Pekan Ramli, beberapa negara lain juga senada mengharapkan penganjur edisi ke-21 supaya mempertimbangkan menyenaraikan semula acara paling popular di temasya sukan itu.
“Ya, Malaysia masih mengharapkan tuan rumah Indonesia berubah fikiran dan bersedia menjadikan bola sepak antara acara yang dipertandingkan pada temasya AUG 2024.
“Dan difahamkan juga banyak negara yang terbabit pun mengharapkan perkara sama, kita pun faham mengenai kebimbangan tuan rumah berkenaan insiden di Stadium Kanjuruhan yang berlaku sebelum ini.



