Tragedi menyayat hati berlaku di Sungai Korok, Kedah apabila enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak ditemukan lemas di dalam sebuah kereta Proton Iswara yang terjunam ke dalam sungai.
Difahamkan, mereka telah dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu selepas tidak pulang ke rumah seperti biasa selepas bermalam di rumah ahli keluarga.
Pencarian berakhir apabila kesemua mereka ditemui meninggal dunia di dalam kereta yang tenggelam.
BACA: Tragedi Enam Sekeluarga, Ditemui Tenggelam Di Sungai Korok
Enam sekeluarga ditemui di bahagian belakang, dipercayai cuba selamatkan diri…
Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Ahmad Aminuddin Abd Rahim memaklumkan bahawa semua mangsa ditemukan di bahagian penumpang belakang sebelah kiri kereta.
Menurut beliau, posisi itu menunjukkan mereka dipercayai cuba menyelamatkan diri namun tidak berjaya.
Anggota bomba yang bertugas menghadapi kesukaran semasa operasi menyelamat kerana kereta berada dalam air, sekali gus menyukarkan mereka membuka pintu belakang.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan brek dari tebing yang jaraknya kira-kira satu meter.- Katanya dalam satu sidang media.
Tambah beliau lagi, pihak bomba terpaksa memecahkan cermin belakang dan memotong bumbung untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang sudah tidak bernyawa.
Jenazah diserahkan kepada pihak polis…
Selepas berjaya dikeluarkan, semua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi penuh diketuai oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jitra yang berjaya mengangkat dan mengeluarkan semua mangsa daripada kenderaan terbabit.
Mangsa dalam kejadian ini merupakan pasangan suami isteri dan empat orang anak mereka yang berusia antara enam bulan hingga sembilan tahun. Mereka dilaporkan hilang selepas meninggalkan rumah ahli keluarga pada awal pagi Sabtu.
Pssttt! Berita seperti ini cukup menyayat hati dan memberi pengajaran kepada kita semua. Walaupun kita tidak dapat mengelak takdir, langkah berjaga-jaga sentiasa penting ketika memandu terutama pada waktu malam atau di kawasan berisiko seperti berhampiran sungai dan selekoh tajam.
Hargai setiap masa bersama keluarga dan sentiasa pastikan kenderaan dalam keadaan selamat sebelum memulakan perjalanan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!






