Bonda Rozita Bela Anjing K9 Untuk Tujuan Keselamatan, Ada Cip Mikro Dalam Badan

Bonda Rozita Bela Anjing K9 Untuk Tujuan Keselamatan, Ada Cip Mikro Dalam Badan

Usahawan Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita berkongsikan bahawa dia ada membela dua ekor anjing jenis K9 yang baru berusia 8 minggu. 

Menerusi hantaran di Facebook, Bonda Rozita berkata anjing jenis K9 itu sering digunakan oleh pihak polis dalam sebarang operasi pencarian dan turut disifatkan sebagai anjing yang cerdik serta kuat.

BACA: Aliff Syukri Dedah Bonda Rozita Selalu Lebihkan Menantu

Menurutnya lagi, anjing dibelinya itu turut mempunyai sijil keturunan serta cip mikro di dalam badannya dimana mudah untuk dijejaki bagi mengelakkan kecurian.

“Anjing yang saya beli ini ada sijil keturunannya, sekiranya ada orang nak curi di dalam badan anjing ini ada microchip,

Tambahnya lagi, anjing tersebut dilatih oleh individu yang layak serta dia memelihara anjing berkenaan bagi tujuan keselamatan terutamanya di kawasan ladang miliknya yang agak luas terletak di puncak hutan.

“Bonda minta Orang Asli jagakan. Saya beli anak-anak anjing dan proses melatih ada orang yang akan ajar. Pelihara anjing utk tujuan keselamatan .. dan ladang yang luas di puncak hutan,” katanya.

Dalam pada itu, Bonda menjelaskan tujuan dia membela anjing berkenaan bukan untuk digomol malah suaminya akan mandi air tanah (sertu) setiap kali menguruskan anjing-anjing berkenaan.

Sumber: Facebook


Scroll to Top