Brazil, Perancis dan lain-lain rancang perlawanan persahabatan pra-Piala Dunia di AS

Brazil, Perancis dan lain-lain rancang perlawanan persahabatan pra-Piala Dunia di AS

New York: Pasukan gergasi dunia, Brazil, Perancis, Croatia dan Colombia bakal mengadakan perlawanan persahabatan di Amerika Syarikat pada Mac ini sebagai persediaan menghadapi Piala Dunia FIFA 2026 di Amerika Utara.

Rangkaian perlawanan bertajuk'”Road to 26′ akan berlangsung di Boston, Orlando, Florida, dan kawasan Washington dalam tempoh jendela antarabangsa FIFA.

Dalam kedudukan terkini FIFA, Perancis berada di tangga ke-3, Brazil ke-5, Croatia ke-10, manakala Colombia di tangga ke-13, sedikit di hadapan pasukan tuan rumah, Amerika Syarikat.

Antara perlawanan menarik termasuk Brazil menentang Perancis di Gillette Stadium, Foxborough, Massachusetts pada 26 Mac, mempertemukan Vinicius Junior dan Kylian Mbappe semula selepas final Piala Dunia 1998 yang dimenangi Perancis.

Hari sama, Colombia akan berdepan Croatia di Camping World Stadium, Orlando, manakala pada 29 Mac, Colombia dan Perancis akan bertemu di Northwest Stadium, Landover, Maryland.

Siri perlawanan ini akan berakhir pada 31 Mac dengan Brazil menentang Croatia di Orlando.

Piala Dunia 2026 yang membabitkan 48 pasukan akan berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai di 16 bandar di AS, Kanada dan Mexico, dengan penyokong dijangka mengunjungi pelbagai lokasi untuk menyaksikan aksi panas pra dan utama kejohanan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top