Mitoma meletakkan Brighton di depan ketika menentang Southampton – Foto: Agensi
[DIKEMAS KINI] BRIGHTON & Hove Albion naik ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris selepas terikat 1-1 ketika melayan kunjungan kelab corot Southampton di Stadium Komuniti Amex.
Keputusan seri itu membolehkan The Seagulls (23 mata) menghimpit pendahulu liga, Liverpool (31 mata) selepas mengharungi 13 perlawanan kurang satu berbanding The Reds.
Skuad kendalian, Fabian Hürzeler terlebih dulu berada di depan memimpin separuh masa pertama hasil tandukan Kaoru Mitoma minit ke-29 hasil hantaran lintang Tariq Lamptey sebelum menuju ke bilik persalinan.
Separuh masa kedua, Southampton kendalian Russell Martin mencongak strategi ampuh mula menguji pertahanan tuan rumah, namun dinafikan kecemerlangan penjaga gawang Seagulls, Bart Verbruggen.
Brighton juga meningkat tekan bagi menambah jaringan berjaya mencipta peluang, namun dinafikan ketangkasan penjaga gol The Saints, Joe Lumley.
Gol dicari Southampton akhirnya hadir minit ke-59 menerusi jaringan Flynn Downes hasil bantuan Ryan Manning untuk mengikat kedudukan.