BANDAR SERI BEGAWAN- Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Brunei mengumumkan bahawa kawasan dalam radius tiga batu nautika (5.56 kilometer) dari lokasi tertentu di negara itu diisytiharkan sebagai ruang udara terhad sementara.
Agensi berita Xinhua yang memetik berita tempatan hari ini melaporkan, taman terkenal di Bandar Seri Bagawan iaitu Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien ditetapkan sebagai ruang udara terhad sementara pada 29 Julai dan 4 Ogos ini.
Manakala Padang Bandaran, Jalan Sultan di Kuala Belait, yang terletak di barat Brunei, pada 30 Julai.
Menurut DCA, larangan itu turut membabitkan kenderaan udara tanpa pemandu.
Tambahnya, kegagalan untuk mematuhi peraturan berkenaan dianggap melanggar undang-undang dan peraturan Brunei.- Agensi




