mhafis@mediaprima.com.my
Subang Jaya: Kanak-kanak perempuan berusia tujuh maut selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Puchong, di sini, semalam.
Mangsa ketika kejadian berada di rumah pengasuh sebelum dia memanjat tingkap yang tidak berjeriji sebelum terjatuh ke lantai tingkat lima.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan, Mohd Fairus Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dari MERS999 pada 12.30 tengah hari.
Menurutnya, anggota polis rondaan kemudian ke lokasi dan menemukan mangsa dalam keadaan terlentang di atas lantai tingkat lima.
“Pegawai perubatan yang hadir di tempat kejadian mengesahkan kematian mangsa.
“Ketika kejadian, ibu mangsa berada di rumah menjaga seorang lagi anak yang sedang kuarantin, manakala bapanya bekerja.
“Hasil siasatan mangsa memanjat tingkap yang tidak berjeriji sebelum terjatuh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, pengasuh terbabit sudah dirakam percakapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
“Kertas siasatan akan dilengkap dengan kadar segera dan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




