Budak 8 tahun gagalkan cubaan rompakan

Budak 8 tahun gagalkan cubaan rompakan

Washington: Cubaan merompak di Minnesota, baru-baru ini, digagalkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan lapan tahun.

Ia apabila budak itu membantu bapanya dalam usaha menangkap suspek terbabit.

People melaporkan, polis di daerah Ramsey berkata, Conchobhar Joseph Morrell, 37, ditangkap atas percubaan rompakan tahap pertama selepas didakwa cuba merompak sebuah premis arak di Maplewood, Minn, lapor beberapa media tempatan.

Menurut polis, pihaknya bertindak balas terhadap laporan rompakan bersenjata pada 9.30 malam waktu tempatan pada Sabtu, 10 Ogos lalu.

Ia selepas menerima aduan jenayah yang diperoleh oleh premis terbabit.

Apabila mereka tiba di tempat kejadian, pekerja bernama Leo memberitahu bahawa suspek lelaki meletakkan sebotol minuman keras dan pistol di kaunter dan memintanya untuk menyerahkan “segala-galanya”.

Leo berkata dia akan melakukannya, jika suspek menyimpan pistol itu kerana anak perempuannya yang berusia lapan tahun berada di situ.

Bagaimanapun, lelaki itu ke belakang kaunter, menyebabkan Leo menumbuknya dan cuba merampas pistol daripada individu berkenaan.

Leo memberitahu CBS News bahawa dia bertindak sedemikian kerana bimbang akan keselamatan anak perempuan yang berada di belakang kaunter bersamanya.

Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh dari premis itu menunjukkan kanak-kanak itu mengambil kayu aluminium besbol dan memukul perompak itu, ketika bapanya bergelut dengan suspek, menurut The Star Tribune.

Suspek yang kemudian dikenal pasti polis sebagai Morrell melarikan diri dari tempat kejadian, tanpa pistolnya. Polis kemudian menahan suspek tidak jauh dari kedai itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top