BYD Sime Motors melancarkan varian baharu BYD ATTO 3 Performance 2026 dalam edisi terhad sebanyak 69 unit sahaja di Malaysia, bersempena sambutan Hari Merdeka ke-69.
Jumlah pengeluaran terhad tersebut menjadikan model berkenaan antara varian paling eksklusif dalam rangkaian ATTO 3.
ATTO 3 Performance juga melengkapkan keluarga ATTO 3 bersama varian Ultra dan Premium yang dilancarkan lebih awal tahun ini.
Pengarah Urusan BYD Malaysia, Jacob Ma berkata, angka 69 dipilih sebagai simbolik sambutan Hari Kebangsaan Malaysia, sekali gus memberi peluang kepada pelanggan memiliki model ATTO 3 paling berprestasi dalam rangkaian semasa.
Menurutnya, varian Performance dibangunkan untuk pengguna yang mahukan SUV elektrik harian dengan karakter pemanduan lebih dinamik tanpa mengorbankan aspek keselesaan dan teknologi pintar.
“Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-69, kami berbangga untuk menyambut hari yang penting ini dengan menawarkan 69 unit BYD ATTO 3 2026 Performance baharu.
“BYD ATTO 3 telah memainkan peranan penting untuk menjadikan pengangkutan elektrik lebih mudah diakses oleh pemandu Malaysia, dan varian Performance membawa tawaran kami lebih jauh lagi.
“Dengan kuasa yang lebih tinggi, pacuan semua roda dan teknologi bateri terkini serta ciri-ciri pintar, varian ini menawarkan prestasi dan pengalaman memandu yang lebih menyeronokkan meneruskan kepercayaan yang telah dibina oleh model yang sememangnya sudah dikenali oleh rakyat Malaysia,” katanya sempena pelancaran varian tersebut.
Menurut BYD Sime Motors, varian Performance edisi terhad merupakan BYD ATTO 3 paling berkuasa, dengan output sistem tergabung yang menghasilkan kuasa 330 kW dan tork 560 Nm untuk pemanduan SUV elektrik lebih menyeronokkan.
Direka cipta untuk pelanggan yang ingin memiliki SUV berprestasi lebih tinggi tanpa menjejaskan ciri praktikal harian, varian ini menggabungkan keupayaan pacuan semua roda, pecutan lebih pantas, keselesaan, keselamatan dan teknologi lanjutan.
Ditawarkan daripada harga RM149,800, BYD ATTO 3 Performance 2026 disediakan bersama pakej pelancaran bernilai RM10,000.

Ditawarkan daripada harga RM149,800, BYD ATTO 3 Performance 2026 disediakan bersama pakej pelancaran bernilai RM10,000.
Sementara itu, Pengarah Urusan BYD Sime Motors, Adeline Lew berkata, sejak diperkenalkan, lebih daripada 13,000 unit BYD ATTO 3 kini dipandu di jalan raya Malaysia, mencerminkan daya tarikan model tersebut dan momentum BYD yang semakin kukuh dalam pasaran pengangkutan elektrik.
“Dengan varian Performance 2026, kami terus membina kejayaan yang telah dicapai sambil mengutamakan proses pemilikan pelanggan.
“Disokong oleh rangkaian kemudahan BYD semakin luas yang terdiri daripada 44 cawangan jualan dan pemasaran, 28 pusat servis dan 12 pusat baik pulih badan & cat badan kenderaan, di samping pelancaran Program Pramilik BYD Certified, kami memastikan pelanggan diberi perhatian di setiap peringkat pemilikan,” katanya.