
Harimau Muda bakal berdepan tugas mencabar di Piala Asia B-23.
SKUAD bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara perlu melakukan persiapan rapi selepas bakal berdepan tentangan sukar dalam saingan Piala Asia B-23 di Qatar pada April tahun depan.
Harimau Muda diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Kuwait dan Vietnam dalam sesi undian yang berlangsung di Doha pada Khamis.
Bagaimanapun, skuad kendalian Juan Torres Garrido itu mungkin boleh menarik nafas lega apabila tidak diundi bertemu pasukan gergasi seperti Korea Selatan, Jepun, UAE atau Qatar.
Untuk rekod, ini penampilan ketiga Harimau Muda di Piala Asia B-23 selepas melakukannya pada 2018 dan 2022.



