Calon PN Jeram Padang lawat Mohd Zaidy di hospital

Calon PN Jeram Padang lawat Mohd Zaidy di hospital

NILAI – Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi  Dewan Undangan Negeri (DU N) Jeram Padang, Datuk Seri Surash melawat ‘lawannya’ beliau, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir yang cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Pasir Besar-Palong, Tampin awal pagi tadi.

Surash yang juga Ketua Bersekutu Bersatu Negeri Sembilan melawat Mohd Zaidy di Hospital Jempol untuk mengetahui keadaannya.

“Calon ini (Mohd Zaidy) mungkin lawan saya tetapi hakikatnya beliau juga adalah sabahat baik saya. Hati saya tenteram selepas melihatnya ceria, saya beri kata-kata semangat supaya dia cepat sembuh dan kembali berkempen.

“Kami mungkin berbeza politik tetapi persahabatan ini tetap utuh. Marilah kita semua doakan beliau cepat sembuh,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

BACA: Keadaan Zaidy stabil, cuma bengkak kaki

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab pagi ini mengesahkan kemalangan berlaku kira-kira pukul 3 pagi, melibatkan sebuah kenderaan jenis Ford Ranger yang dipandu oleh Mohd Zaidy.

Jelas beliau, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika Mohd. Zaidy dalam perjalanan ke Palong dari arah Bahau melalui Jalan Pasir Besar. 

Akibat kemalangan, beliau mengalami kecederaan patah kaki kiri dan penumpang pula mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke Hospital Jempol untuk rawatan.

Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan punca kemalangan masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Calon BN DUN Jeram Padang kemalangan