Cerminan Mukmin

UMARย al-Khattab pernah berkata:

Advertisement

ุฑูŽุญูู…ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุงู…ุฑู‹ุง ุฃูŽู‡ู’ุฏูŽู‰ ุฅูู„ูŽูŠูŽู‘ ุนููŠููˆุจููŠ

โ€œSemoga Allah merahmati seseorang yang menunjukkan kepadaku aib-aibku.โ€

Sedikit sangat sahabat-sahabat yang ikhlas, berterus terang, menjauhi sanjungan, menjauhi iri hati, memberitahu kita akan kesalahan kita. Namun sahabat yang baik itu, apabila dia melihat sifat tercela pada saudara Mukminnya, dia akan segera menasihatkan saudaranya itu untuk menghilangkannya. Dia menjadi cermin bagi saudara Mukminnya.

Seorang Mukmin akan memandang Mukmin yang lain sesuai dengan keadaan hatinya. Jika hatinya baik, suci dan bersih dari sifat tercela, maka dalam pandangannya semua Mukmin yang lain juga baik. Dia berprasangka baik kepada seluruh Mukmin dan sama sekali tidak akan berfikiran buruk terhadap nasihat yang diberi.

Dengan nasihat yang diberi diharap sahabatnya dapat bermuhasabah dan memperbaiki dirinya serta dia sendiri juga berharap sahabatnya memberi kritikan yang membina kepadanya. Sepertimana hal ini disebutkan dalam satu Hadis Riwayat Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

ุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ู ู…ูุฑู’ุขุฉู ุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ู ุฃูŽุฎููˆ ุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ู ูŠูŽูƒูููู‘ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุถูŽูŠู’ุนูŽุชูŽู‡ู ูˆูŽูŠูŽุญููˆุทูู‡ู ู…ูู†ู’ ูˆูŽุฑูŽุงุฆูู‡ู

โ€œSeorang Mukmin itu cermin bagi Mukmin yang lain, dan seorang Mukmin itu saudara bagi Mukmin yang lain; ia membantu saudaranya ketika kehilangan serta membelanya dari belakang.โ€

[Hadis Riwayat Abu Daud No: 4272, Hadis Hasan]

YB DATUK AHMAD MARZUK SHAARY โ€“ย HARAKAHDAILY 14/10/2022

Leave a Comment