Chelsea intai peluang ke saingan Eropah, pintas United

Chelsea intai peluang ke saingan Eropah, pintas United

London: Chelsea meningkatkan peluang mereka untuk beraksi di peringkat Eropah musim depan, selepas membelasah West Ham 5-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan Cole Palmer, Conor Gallagher, Noni Madueke dan Nicolas Jackson, mencetak nama selaku penjaring gol.

Palmer yang berusia 21 tahun menyambar bola hasil hantaran lintang Madueke pada minit ke-15 dan merembat ke sudut melepasi penjaga gol West Ham, Alphonse Areola.

Ia adalah gol liga ke-21 Palmer pada musim pertamanya untuk kelab berkenaan.

Ketua pasukan, Gallagher meledak gol kedua selepas setengah jam perlawanan berlangsung

Madueke bertukar peranan kepada pemain yang membantu menghasilkan jaringan kepada penjaring gol.

Dia menjaringkan gol dari jarak dekat pada minit ke-36 berpunca daripada tendangan sudut dan bergandingan dengan Jackson untuk gol keempat Chelsea pada minit ke-48.

Jackson menjaringkan gol keduanya 10 minit sebelum tamat permainan selepas menerima hantaran daripada Moises Caicedo dan tidak dihukum ofsaid selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Keputusan itu melonjakkan Chelsea ke tempat ketujuh mengatasi Manchester United, yang beraksi awal pagi Selasa dan meletakkan mereka dalam kedudukan layak beraksi di Liga Europa.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top