China lancar satelit Xingshidai-10

China lancar satelit Xingshidai-10

BEIJING: China berjaya melancarkan satelit Xingshidai-10 dengan roket Long March-2D di Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan, pada jam 10.51 pagi waktu tempatan hari ini.

Satelit Xingshidai-10 mempunyai ciri-ciri seperti kos rendah, lebih ringan, penggunaan tenaga rendah, di samping mempunyai resolusi tinggi.

Satelit itu bakal menyediakan perkhidmatan data untuk pembangunan luar bandar, bancian sumber tanah, perancangan bandar, kawalan dan penyeliaan bencana serta bandar pintar.

Ini misi kali ke-376 bagi roket pembawa Long March. – BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top