CHRISTOPHER Raj satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia bola sepak dalam industri perhubungan awam, operasi media dan penyiaran diberi kepercayaan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila dilantik sebagai Pengurus Media di Piala Dunia Bawah 17 tahun (B-17) di Indonesia bermula 5 November hingga 2 Disember ini.
Pelantikan itu menjadikan Christopher sebagai rakyat Malaysia kedua bertugas di pusingan akhir Piala Dunia, selepas Datuk Seri Windsor Paul yang juga adalah Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang pernah bertugas di venue akhir Piala Dunia Jerman 2006, mengikut jejak langkah guru beliau.
Sebagai pengurus media beliau diberi tanggungjawab di Stadium Menahan Solo dalam memastikan persiapan operasi media berjalan dengan lancar sehingga ke perlawanan akhir nanti.
Sebanyak 14 perlawanan akan diadakan di Stadium Menahan termasuk aksi final yang dijadualkan berlangsung pada 2 Disember ini.



