USAHAWAN dan pempengaruh media sosial, Christy Ng meluahkan rasa teruja menjelang Ramadan tahun ini apabila berpeluang berpuasa bersama pasukannya yang dikenali sebagai The Bengap Boys.
Memetik laporan mStar, menurut Christy, walaupun dia pernah mencuba berpuasa sebelum ini, pengalaman tersebut agak mencabar kerana kurang pengetahuan, terutama ketika bersahur.
Mahu puasa lagi

“Saya memang pernah cuba puasa, tapi sangat susah kerana hanya makan mi segera untuk sahur. Saya tiada pengalaman jadi agak ‘bongok’ sedikit.
“Kawan saya nampak dan terus tegur. Dia kata makan mi segera memang cepat haus. Memang waktu itu saya rasa sangat haus,” kata Christy, baru-baru ini.
Berkongsi lanjut, dia tidak sabar untuk melalui suasana Ramadan bersama pasukannya, khususnya menikmati momen berbuka puasa secara beramai-ramai.

“Tahun ini saya ‘upgrade’ sikit, nak cuba lagi puasa bersama pasukan saya.
“Seronok bila pergi bazar Ramadan dengan mereka dan berbuka bersama. Rasa syok sangat,” ujarnya.
Dalam pada itu, Christy turut memaklumkan bahawa dia akan memastikan kebajikan pekerjanya terjaga sepanjang Ramadan memandangkan jadual kerja yang tidak menentu.
Jelasnya, pasukan ‘live host’ memulakan tugas seawal jam 4 pagi, justeru makanan untuk bersahur dan berbuka akan disediakan di pejabat.
Artikel lain: Majikan non-Muslim jalankan tanggungjawab, sediakan surau selesa buat staf beragama Islam

“Sempena Ramadan ini kami akan ‘top up’ makanan di pejabat untuk buka puasa dan sahur.
“Kami sediakan makanan seperti jajan, telur, nasi lemak, nasi ayam, lamb chop dan aiskrim durian untuk mereka,” tambahnya lagi.
Sumber: mStar (Maszuhaira Sarimin)




