Anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu pempengaruh media sosial, Cik B berkongsikan ciri-ciri lelaki pilihannya seorang yang setia dan kaya.
Memetik Astro Gempak, Cik B berkata dalam mencari kawan dan juga pasangan perlulah sekufu dengannya dari segi pemikiran.
BACA: Ajak Kawan Bercuti Ke Thailand, Cik B Belanja Villa RM20,000 & Tiket Flight RM15,000
“Saya nak setia dan kaya. Tunggu saya glow up dulu. Bab bab cari kawan dan pasangan kena sekufu dari segi cara pemikiran.
“Kalau kita dengan orang tak sekufu, kita akan asyik bergaduh. Kena cari orang yang faham dengan kita,”katanya.
Sementara itu, Cik B berkata ada lelaki yang meluahkan perasaan kepadanya namun enggan berkongsikan hal tersebut.
“Ada sahaja yang confess kat saya tetapi biarlah rahsia. Saya suci dari lahir. Kita kena sekufu,” katanya.
Sumber: Astro Gempak
