Showcase Sebenar Puteri Khareeza pada Sabtu lalu berlangsung dengan jayanya yang dimeriahkan oleh sokongan peminat dan keluarga di RCD Big Studio, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Selain Puteri, showcase ini turut mersembahan kolaborasi istimewa bersama artis jemputan seperti Haris Fayahet, Zazo Maulana, Maria Khairul (alumni Lagu Cinta Kita 3) dan Adi dari kumpulan Venus.
Pada malam tersebut, sebanyak lebih 20 lagu didendangkan antaranya lagu popular ost drama Melur Untuk Firdaus berjudul Duka Sebalik Tawa, Helah, Sebenar, Seperti Mati Lampu, dan lain-lain lagi.
Puteri turut menyanyikan semula lagu Kata Mama yang pernah disampaikan olehnya ketika menyertai pertandingan Idola Kecil 3 sekitar 2007.
Lebih menarik, showcase yang boleh dikatakan intim dengan peminat ini turut menampilkan penyanyi bersuara lunak, Datin Alyah yang menyanyikan medley Tak Mungkin Kerna Sayang, Sesal Separuh Nyawa serta Kisah Hati secara duet bersama Puteri.
Ketika disoal mengenai perasaannya berpeluang berduet bersama idola sejak kecil iaitu Alyah, Puteri berkata dia sangat teruja salah satu impiannya tercapai.
@xtra_my Wow! Kemunculan istimewa Datin Alyah, idola Puteri Khareeza sejak kecil 🫶🏻🫶🏻 Syok la dapat berduet dengan penyanyi kesayangan 😘😘 #showcasesebenarputerikhareeza #puterikhareeza #alyah #xtramy #xtra #alyah
Kejayaan Showcase Sebenar Puteri Khareeza ini seolah-olah telah menandakan salah satu pencapaiannya sepanjang bergelar anak seni.
Malah selebriti yang juga seorang pelakon ini berhasrat untuk merancang showcase seperti ini lagi sebelum mengadakan konsert solo.




