City catat kemenangan ke-20 berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp
Mancity Goal

Manchester: Manchester City melakar kemenangan ke-20 berturut-turut dalam semua pertandingan, namun berdepan cabaran sukar West Ham sebelum meraih kemenangan 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.

Dua pertahanan tengah, Ruben Dias dan John Stones meledak gol buat The Citizens menerusi penyudah kemas di dalam kotak penalti.

Kemenangan itu membolehkan City melebarkan jurang 13 mata mengatasi Manchester United sekali gus mencerahkan lagi peluang mereka untuk merangkul kejuaraan EPL buat kali ketiga dalam empat tahun.

City mendahului selepas setengah jam permainan apabila Dias meledak gol pertamanya bersama pasukan itu.

Bermula daripada sepakan percuma, Kevin de Bruyne melakukan hantaran lintang yang disudahkan dengan tandukan padu Dias.
West Ham mengikat kedudukan di penghujung babak kedua menerusi jaringan Michail Antonio.

Bagaimanapun, City kembali di depan pada minit ke-68 apabila sekali lagi beroleh gol daripada pertahanan dan kali ini, giliran Stones mencetak nama selaku penjaring gol kemenangan. -Agensi

Malay News
Sports Desk