
Keputusan undian Liga Juara-Juara di House of European Football di Nyon sebentar tadi.
PENYANDANG juara, Manchester City bakal membuat perhitungan dengan FC Copenhagen dalam aksi pusingan16 terakhir Liga Juara-Juara.
Dalam majlis undian yang berlangsung di Nyon sebentar tadi, pertembungan dua bekas naib juara – Inter Milan dan wakil Sepanyol, Atletico Madrid paling mencuri tumpuan.
City dijangka mudah mengatasi kelab Denmark itu yang layak daripada kumpulan mengatasi Manchester United yang ditewaskan mereka 4-3 di laman sendiri.
Inter, pendahulu Serie A pula adalah satu daripada pasukan yang perlu dielakkan selepas berkedudukan kedua kumpulan dan mereka akan bertemu Atletico yang dilatih Diego Simeone.



