
Silva meraikan jaringannya ketika menentang Luton. – Foto AFP
MANCHESTER City berjaya menewaskan Luton 2-1 untuk menamatkan empat perlawanan tanpa kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Penyerang bintang City, Erling Haaland tidak dapat diturunkan selepas mengalami kecederaan menyaksikan City ketinggalan kepada gol Elijah Adebayo pada lewat separuh masa pertama di Kenilworth Road.
Tetapi, selepas mensia-siakan banyak peluang, skuad kendalian Pep Guardiola akhirnya berjaya menjaringkan dua gol dalam masa tiga minit selepas rehat.
Bernardo Silva menyamakan kedudukan dan Jack Grealish meledak gol kemenangan untuk memberikan City kemenangan pertama yang amat diperlukan dalam lima perlawanan liga.



