Covid-19: SK Bukit Jenun ditutup sementara

Alor Setar: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengarahkan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jenun, Pendang ditutup sementara sehingga tarikh dimaklumkan kelak.

Ia susulan berlaku penularan pandemik Covid-19 membabitkan seorang guru.

Mengikut notis perintah tutup premis yang dilekat di sekolah berkenaan dan tular di laman sosial, penutupan sekolah bermula jam 2.30 petang semalam bagi tujuan sanitasi kuman.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Najmi Ahmad mengesahkan menerima laporan berkenaan, namun belum ada butiran lanjut.

Katanya, pihaknya berharap semua guru sekolah berkenaan supaya merujuk Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pendang untuk maklumat lanjut.

“Setakat ini mereka hanya lapor ada kes membabitkan guru dan sekolah terpaksa ditutup,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19