mhafis@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Cuaca sejuk yang melampau sehingga mencecah paras -10 darjah tidak menghalang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendirikan Hospital Medan Malaysia (HMM), bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye.
Kementerian Pertahanan Malaysia berkata, pasukan ATM gigih meneruskan kerja mendirikan HMM sejak tiba di Celikhan pada Ahad lalu.
“HMM dibina bagi meneruskan misi memberi bantuan perubatan dan perkhidmatan kesihatan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Pasukan HMM ATM di Turkiye diketuai Pemerintah Op Starlight II, Brigedier Jeneral Datul Dr Amran Amir Hamzah, dengan keseluruhannya bersama 106 pegawai dan anggota akan melaksanakan misi yang dijangkakan selama enam minggu namun akan dilanjutkan sekiranya perlu.
© New Straits Times Press (M) Bhd




