Cubie Oven Panasonic tawar penyelesaian praktikal buat semua

Cubie Oven Panasonic tawar penyelesaian praktikal buat semua

MENGURUSKAN masa boleh menjadi perkara yang paling sukar dan mencabar terutama buat wanita berkerjaya dalam menyeimbangkan antara tuntutan tugas di tempat kerja dan tanggungjawab sebagai isteri serta ibu.

Tanpa mengira penat dan lelah, mereka tetap memberikan yang terbaik buat keluarga, lebih-lebih lagi dalam menyediakan makanan berkhasiat. 

Memahami cabaran yang dihadapi para ibu, Panasonic memperkenalkan produk terbaharunya, Powerful Steam Convection Cubie Oven (NU-SC280W) bagi memudahkan pengguna untuk memasak hidangan lebih sihat dalam masa yang singkat. 

Stim berkuasa tinggi untuk gaya hidup lebih sihat

Cubie Oven Panasonic tawar penyelesaian praktikal buat semua

Model baharu Cubie Oven Panasonic ini berkapasiti 31L ini direka khas untuk mengubah cara memasak dan menggalakkan gaya hidup sihat walaupun dalam kesibukan harian. 

Perkakas dapur tercanggih ini menggabungkan fungsi stim berkuasa tinggi sehingga 120 ℃ yang dapat membantu menyerap gaya hidup sihat tanpa menjejaskan rasa dengan mengekalkan perisa dan khasiat penting.

Selain fungsi stim berkuasa tinggi dan perolakan dua peringkat, ia juga hadir dengan pelbagai pilihan mod memasak serta kepelbagaian ciri serba boleh. 

Ini sekali gus dapat mengutamakan kesihatan keluarga dengan mengurangkan kegunaan minyak dan mengekalkan khasiat.

Selain itu, Cubie Oven Panasonic turut dilengkapi lebih daripada 70 menu masakan serta tujuh pilihan pembersihan. 

Mudah, jimatkan masa memasak

Selain mudah digunakan, Powerful Steam Convection Cubie Oven (NU-SC280W) juga menjimatkan masa pengguna serta memberikan mereka peluang menikmati pengalaman memasak yang lebih senang dan pantas. 

Bukan itu sahaja, Cubie Oven baharu ini juga menawarkan penyelesaian komprehensif untuk mengubah rutin memasak dan menggalakkan gaya hidup lebih sihat buat semua.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan Powerful Steam Convection Cubie Oven (NU-SC280W) sebagai teman dapur ideal untuk individu dan keluarga yang mementingkan kesihatan atau mereka yang sedang menjalani gaya hidup yang lebih sihat, ” kata Keisuke Nishida, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia

Ini selaras dengan salah satu tonggak kesejahteraan syarikat iaitu “Create Today. Enrich Tomorrow” yang mana kesejahteraan dalaman bermula di dapur melalui pemakanan yang sihat. 

“Powerful Steam Convection Cubie Oven baharu direka untuk menawarkan pengalaman memasak yang lebih mudah dan serba boleh bukan sahaja untuk individu tetapi juga keluarga besar dengan gaya hidup yang sibuk,” tambah Nishida.

Menariknya, Cubie Oven ini juga mudah digunakan dan dibersihkan, bersesuaian dengan konsep rumah moden, menjadikan Powerful Steam Convection Cubie Oven (NU-SC280W) penyelesaian praktikal dan rakan kongsi dapur yang sempurna untuk keluarga yang sibuk, terutamanya ibu yang berkerjaya.

Dapatkan Cubie Oven baharu ini yang berkapasiti 31L pada harga RM2,699 di kedai pengedar sah Panasonic seluruh negara atau platform dalam talian di sini

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi Panasonic di Cubie Oven | Panasonic Malaysia.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top