Gambar bersama Munir Akhunov cetus spekulasi cinta Marissa Dania

Gambar bersama Munir Akhunov cetus spekulasi cinta Marissa Dania

puterialia@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Baru sahaja melalui fasa perpisahan, pempengaruh, Marissa Dania Hakim, 21, kembali mencuri perhatian netizen selepas didakwa sudah menemui pengganti baharu.

Anak kepada pasangan pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim itu kini dikatakan mempunyai hubungan dengan model dan juga pempengaruh, Munir Akhunov.

Spekulasi mengenai hubungan mereka itu mula dihidu netizen selepas menyedari Marissa dan Munir kerap membuat hantaran repost (berkongsi semula) yang sama di TikTok, baru-baru ini.

Dakwaan itu bertambah kuat apabila Munir memuat naik sekeping gambar yang memaparkan wajah Marissa di Instagram Story miliknya berserta emoji hati berwarna putih, semalam.

Lebih mencuri perhatian, hasil tinjauan mendapati Munir juga sudah mula mengikuti akaun Instagram Abby dan Marissa.

Dalam masa sama, Abby turut memuat naik sebuah hantaran yang memaparkan dirinya bersama dua anggota kumpulan Elite, Shasha dan Azza bersama Marissa serta Munir dalam sebuah majlis di Instagramnya, semalam.

Sebelum ini, Marissa pernah berkahwin dengan pempengaruh, Aslam sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Bagaimanapun, rumah tangga mereka berakhir apabila Marissa dan Aslam disahkan bukan lagi suami isteri selepas berpisah pada 23 Jun lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top