Nor Fazlina Abdul Rahimnfazlina@nstp.com.my
Pasir Mas: Dua warga emas dipercayai terbabit dalam kes mencuri beg tangan mengandungi wang tunai RM2,500 di majlis perkahwinan di Kampung Tasek Berangan di sini, 1 Februari lalu ditahan direman empat hari.
Suspek wanita berusia 61 tahun dan rakan lelakinya, 62, yang juga pemandu teksi ditahan reman bermula hari ini sehingga Khamis ini.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Izdham Naim Che Ani bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan kedua-dua suspek ditahan reman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Semalam media melaporkan, dua warga emas berkenaan ditahan di Jalan Sri Cemerlang pada 5.04 petang selepas sepasukan polis menahan teksi dalam keadaan mencurigakan.
Pemeriksaan lanjut polis mendapati suspek wanita berkenaan mempunyai sembilan rekod jenayah lampau termasuk di Terengganu.
Suspek lelaki yang juga pemandu teksi mempunyai satu rekod jenayah lampau.
Sebelum ini tular perbuatan warga emas wanita yang menyamar sebagai tetamu sebelum mengambil beg tangan mengandungi wang tunai berjumlah RM2,500 di majlis perkahwinan di Kampung Tasek Berangan, di sini.
Wanita warga emas dan pemandu teksi akhirnya diberkas
Menyamar tetamu sebelum larikan wang tunai di majlis perkahwinan
© New Straits Times Press (M) Bhd




