“Dah Dapat Dah, Riena Diana Paling Sesuai”

“Dah Dapat Dah, Riena Diana Paling Sesuai”

Pelakon Keith Foo berkata dia mengakui sudah bertemu calon pasangan sesuai iaitu Riena Diana serta gembira melihat hubungan rapat kekasihnya dengan anak perempuannya, Skylar Raymond Foo.

Memetik Harian Metro, Keith berkata dia melihat Riena menyayangi anaknya setulus hati kerana baginya ikatan kasih sayang sangat penting.

BACA: Riena Diana Dah Pilih Nama Islam Untuk Keith Foo

“Dah dapat dah (Riena). Sudah tentu 100 peratus saya ‘happy’ (Riena boleh terima Sky dengan baik). Itu pun tanpa dibuat-buat dan mereka berdua terus jadi rapat.

“Kadang-kadang bila Sky datang ke rumah, mesti dia akan tanya mana aunty Riena? Mereka akan bermain sama-sama, main mekap lah, apa semua itu dan ini,” katanya.

Sementara itu, Keith berkata dia mancari calon isteri yang menerima anaknya terlebih dahulu kerana baginya ikatan perhubungan tidak boleh dipaksa.

“Tidak juga sebenarnya. Kalau benda itu dipaksa, ia tak akan jadi. Ia perlu berlaku secara semula jadi. Sky pun tak pernah tanya saya mengenai perkahwinan. 

“Apa yang pasti, kami sentiasa rasa gembira dan bahagia ketika bersama-sama. Itu yang lebih penting dan utama sekarang,” katanya.

Sumber: Harian Metro


Scroll to Top