“Dah habiskan ribuan ringgit jaga wajah & tubuh, ada netizen mahu boikot saya” – Aina Abdul

“Dah habiskan ribuan ringgit jaga wajah & tubuh, ada netizen mahu boikot saya” – Aina Abdul

Penyanyi Aina Abdul tampil mengulas berhubung penampilannya persis tilam dan bantal dalam program realiti, Big Stage musim kelima (BS5) sehingga menerima kecaman hebat netizen.

Menurut laporan Harian Metro, penyanyi berusia 30 tahun menjelaskan bahawa dia bukan ‘mangsa fesyen’ sebaliknya sekadar mengikut tema galau bagi minggu keempat program tersebut.

“Saya bukan mangsa fesyen kerana memang saya yang menimbulkan provokasi kepada netizen dengan imej dan penampilan yang ada kelainan.
“Saya tampil dengan imej itu kerana mengikut tema galau pada minggu keempat program Big Stage dan ada mesej yang mahu disampaikan kepada penonton,” katanya.

Walau bagaimanapun, Aina mengakui terkejut apabila membaca pelbagai reaksi netizen berhubung fesyen rekaan Masyadi Mansoor yang digayakannya.

“Imej katil atau tilam itu sesuai untuk meluahkan perasaan galau itu. Saya fikir imej itu akan mendapat komen yang menghiburkan kerana pernah pakai baju yang lebih besar dari itu,” ujarnya.

Penyanyi lagu Terus Hidup itu berkata, terdapat juga komen melampau termasuk face shaming selain ingin memboikot dirinya disebabkan sering tampil dengan fesyen yang ‘luar biasa’.

“Selain ‘face shaming’, ada netizen yang mahu boikot saya kerana imej dan penampilan berbeza yang ditampilkan. Sedangkan, selain imej dan penampilan…
“…saya juga sudah habiskan ribuan ringgit untuk menjaga wajah dan tubuh sebagai selebriti,” kongsinya.

Terdahulu, segelintir netizen menyifatkan Aina seolah-olah menjengkelkan kerana dia sepatutnya mengenakan fesyen mengikut kesesuaian acara dan bukan bertindak seperti mementingkan diri sendiri.

Sumber: Harian Metro (Ramlah Zainal), Instagram Aina Abdul