Dah pergi kursus kahwin, MK tersipu kena panggil penceramah latih lafaz akad

Dah pergi kursus kahwin, MK tersipu kena panggil penceramah latih lafaz akad

Baru-baru ini, tular di media sosial khabar angin mengatakan penyanyi rap dan pelakon terkenal, MK K-Clique bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Dia yang juga telah berkongsi gambar potongan pasport di Instagram telah dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis dan juga sahabat handai.

Menguatkan lagi dakwaan bahawa pemilik nama sebenar, Muhammad Hairi Amin Hamdan itu bakal mendirikan rumah tangga adalah video yang tular di TikTok menunjukkan dia hadir ke kursus kahwin baru-baru ini.

@mista_bryan801

Kursus kahwin satu kelas dengan MK 😂 hilang ngntok tengok MK 🤣 #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #MK

♬ original sound – Mista Bryan – Mista Bryan

Buat contoh lafaz akad nikah

Menerusi video yang dikongsikan pengguna dikenali sebagai @mista_bryan801, MK dilihat berada disamping penceramah bagi membuat contoh lafaz nikah.

Tak hanya itu, diruangan komen ada yang mengatakan berada di kurus kahwin yang sama dan mengakui keberadaan selebriti asal Sabah berkenaan.

Sebelum ini, gambar dia bersama kekasih dan ahli keluarga telah menguatkan dakwaan bahawa mereka sudahpun mengadakan majlis sarung cincin sebelum ke fasa seterusnya.

Walau bagaimanapun, belum ada sebarang penjelasan daripada MK berkaitan perancangan untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Terdahulu, pelakon drama Oh My Hantaran itu mengakui rapat dengan seorang wanita dikenali sebagai Siti Hajar. Dia juga memperkenalkan gadis terbabit sebagai seorang insan yang cukup istimewa kepadanya.

Sumber: TikTok @mista_bryan801