Dakwa Pihak Sana Cuba Malukan, Rebecca Bersumpah Tidak Berhutang RM1.5 Juta!

Dakwa Pihak Sana Cuba Malukan, Rebecca Bersumpah Tidak Berhutang RM1.5 Juta!

“Saya bersumpah demi Allah tak berhutang RM1.5 juta!”

Demikian kenyataan pelakon, Rebecca Nur Al Islam yang menepis sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan dirinya berhutang sehingga mencecah RM1.5 juta ringgit.

Menerusi perkongsian di Threads miliknya, Rebecca mendakwa pihak sana cuba untuk menjatuhkan dan mencemarkan namanya ekoran rasa tidak berpuas hati terhadap tindakannya yang membalas kenyataan Shahida dalam sebuah video, semalam.

“Saya sumpah demi nama allahyarham ayah dan arwah ibu, demi Allah dan Rasullullah, saya tak pernah berhutang atau pinjam atau tahu menahu mengenai RM1.5 juta yang diperkatakan.

“Ini adalah fitnah terbesar kami sekeluarga kena. Demi Allah RM1.5 juta yang anda semua fikir dan sedang perbualkan itu hanya sekadar content geram dari pihak sana untuk malukan saya ketika isu sedang panas,” katamya.

Menyedari kesilapannya membalas kenyataan Shahida, Rebecca bagaimanapun mengakui dia tidak menyangka pihak sana akan menuduhnya berhutang dengan jumlah sebanyak itu.

“Silap saya hanya hari tu apabila saya ‘triggered’ dengan video dari pihak sana. Lalu saya melakukan video balas dengan menjawab balik point-point yang mengatakan saya mencari publisiti murahan.

“Saya tahu saya salah sebab memarahi pihak sana dengan kata-kata yang saya gunakan. Tapi saya terkejut saya pula difitnah dengan pihak sana dengan RM1.5 juta semasa mereka membuat live.

“Mungkin pada mereka sekadar content, tapi tak kelakar ya. Satu Malaysia pula ingat dapat RM1.5 juta dari kakak ipar saya, Bonda Rozita Ibrahim. Dengan nama Allah, saya tak pernah dapat satu sen pun duit,” katanya.


Dalam pada itu, Rebecca turut menjelaskan dia sudah bertanya kepada abangnya untuk meminta Bonda Rozita membersihkan namanya daripada tuduhan tersebut.

Scroll to Top