Bukan semua orang dilahirkan sempurna. Namun, kita sebagai insan yang diberi rezeki mampu berkomunikasi dengan sempurna perlulah saling membantu buat mereka yang kelainan upaya (OKU).
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok yang juga pemilik kedai nombor plat kenderaan dikenali sebagai @ajiq_nomborplate apabila berusaha memberikan khidmat terbaik buat seorang pelanggan yang mengalami masalah bisu.
@ajig_nomborplate Ya Allah..rahmatilah & bahagiakan lah pakcik ni sekeluarga..aamiin#fyp #fypklate
โฌ original sound โ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ โ fansaccount๐
Menerusi video yang dikongsikan, dia memaklumkan yang pakcik tersebut sedikit berang selepas permintaannya untuk membuat plat kenderaan tidak seperti yang diharapkan.
Walaupun sungguh-sungguh menerangkan, namun dia masih lagi tidak berpuas hati. Enggan mengeruhkan keadaan, pengguna TikTok itu telah memeluknya dan terlihat wajah ceria pakcik tersebut.
Dalam kapsyen yang disertakan, @ajig_nomborplate itu mengakui berasa sayu melihat pakcik berkenaan berusaha menerangkan kepadanya walaupun agak tidak berpuas hati disitu.
Dia membayangkan seperti seorang bapa dan berharap agar pakcik berkenaan terus dirahmati oleh Allah S.W.T.
@ajig_nomborplate Reply to @fai5x
โฌ original sound โ Ajig_PakarNomborPlate โ Ajig_PakarNomborPlate
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang memuji tindakan pemuda itu kerana melayan pelanggan dengan baik walaupun perlu berhadapan dengan pelbagai kerenah.
Mereka juga mengakui sedikit sebak kerana tindakannya meredakan pakcik tersebut begitu menyentuh hati. Oleh sebab itu, masing-masin mendoakan agarp perniagaan @ajiq_nomborplate terus dipermudah serta berharap agar dia mengekalkan sikap baik seperti itu.





ย
Sumber: TikTok @ajiq_nomborplate




