Isu melibatkan keluarga pelakon veteran Norish Karman terus hangat diperkatakan apabila anaknya pula menjadi sasaran kecaman netizen di media sosial.
BACA: “Saya Berangan Je” – Norish Karman Jelaskan Isu Nak Beli MPV Jika Terima RM200,000
Difahamkan, Amanda menerima kritikan gara-gara memohon bantuan untuk kos rawatan ibunya. Lebih mengeruhkan keadaan apabila mereka sekeluarga tampil di sesi live bersama usahawan terkenal di TikTok.
Netizen tinggalkan komen pedas dan melampau
Netizen mula menyerang Amanda mempertikaikan gaya hidup yang dijalani keluarga ini. Seorang pemilik akaun palsu mengeluarkan kata-kata kesat berkata, dia malas bekerja dan hanya mengemis memohon bantuan.
Amanda bagaimanapun hanya mampu membalas ‘alhamdulilah’ dan berterima kasih kepada pembenci mereka sekeluarga.
Terdahulu, pelakon Norish Karman berhadapan keadaan kesihatan yang tidak menentu menyebabkan dia tidak mampu bekerja sehingga tiada punca pendapatan.
Berikutan kesempitan, anaknya terpaksa meminta bantuan secara terbuka untuk membiayai kos rawatan ibu yang seterusnya.
Amanda juga tampil mempertahankan ibunya dan meminta orang ramai berhenti mengungkit kisah lama yang tidak lagi relevan.
Pssttt! Isu ini jelas menunjukkan betapa mudahnya netizen menghukum tanpa mengetahui keseluruhan cerita. Meminta bantuan bukan satu kesalahan, lebih-lebih lagi dalam keadaan terdesak. Mungkin kita semua perlu lebih empati sebelum meninggalkan komen yang boleh mengguris hati orang lain.
Kredit: Instagram mandahashbrown
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




