
De Ligt (kanan) mengalami kecederaan ketika aksi menentang Saarbrucken dalam saingan Piala Jerman pada Khamis. – Foto Agensi
BEK tengah Bayern Munich, Matthijs de Ligt terpaksa berehat panjang susulan kecederaan lutut ketika tewas 1-2 kepada Saarbrucken dalam saingan Piala Jerman di laman lawan pada Khamis.
Pemain kebangsaan Belanda itu terpaksa dikeluarkan pada pertengahan babak pertama perlawanan piala pusingan kedua menentang pasukan divisyen tiga di Ludwigspark tersebut.
Berita kecederaan itu dimaklumkan juara Bundesliga tersebut dalam satu kenyataan di laman web rasmi pada Jumaat.
Susulan ujian imbasan Bayern mengumumkan De Ligt mengalami koyakan separa ligamen di lutut kanannya hingga memerlukan dia menjalani sesi pemulihan yang panjang.



