
Bank Rakyat kekal komited untuk memastikan persekitaran perbankan yang selamat dan boleh dipercayai untuk pelanggannya.
BANK Rakyat secara berterusan melaksanakan penambahbaikan terhadap infrastruktur teknologinya, kawalan keselamatan siber serta proses operasi bagimemperkukuh ketahanan sistem dan melindungi maklumat pelanggan.
Menurut Bank Rakyat, usaha tersebut merangkumi peningkatan keupayaan pemantauan, pengesanan ancaman serta pengawasan tadbir urus, selaras dengan jangkaan kawal selia dan amalan industri.
“Bank Rakyat merujuk kepada notis awam yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia berhubung Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) berkaitan insiden keselamatan siber pada tahun 2024.
“Bank berkenaan mengesahkan bahawa perkara tersebut telah ditangani dan tindakan pemulihan yang sewajarnya telah dilaksanakan.
“Bank Rakyat kekal komited untuk memastikan persekitaran perbankan yang selamat dan boleh dipercayai untuk pelanggannya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Sebelum itu, Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi lama webnya memaklumkan, Bank Rakyat dikenakan denda RM1 juta berikutan gagal mematuhi standard pematuhan keselamatan siber dan tahap perlindungan data pelanggan yang lemah.
Kompaun berkenaan dikenakan pada 20 Januari 2026 lalu, di mana ciri keselamatan siber bank yang tidak menepati piawaian yang digariskan di bawah Dokumen Dasar Pengurusan Risiko Teknologi sementara perlindungan data pelanggan pula tidak memenuhi keperluan yang dikehendaki pada Dokumen Dasar Pengurusan Maklumat Pelanggan dan Pendedahan yang Dibenarkan.
Perihal tersebut dikesan susulan telah berlakunya satu insiden keselamatan siber melibatkan pelaku ancaman luar yang telah meraih akses tanpa kebenaran pada infrastruktur teknologi Bank Rakyat.
Ketidakpatuhan tersebut berpunca daripada kawalam keselamatan siber serta respons insiden yang tidak memadai.
Ringkasan AI
- BANK Rakyat melaksanakan penambahbaikan teknologi dan keselamatan siber.
- Peningkatan keupayaan pemantauan dan pengesanan ancaman dijalankan.
- Bank dikenakan penalti RM1 juta oleh Bank Negara Malaysia kerana kelemahan keselamatan siber.
- Pemulihan telah dilakukan selepas insiden keselamatan siber dikesan.
- BANK Rakyat komited memastikan persekitaran perbankan yang selamat dan boleh dipercayai.



