“Dengan Hidayah Allah SWT” – Bekas Isteri Keith Foo Peluk Islam | Oh! Media

“Dengan Hidayah Allah SWT” – Bekas Isteri Keith Foo Peluk Islam | Oh! Media

Bekas isteri kepada pelakon Keith Foo, iaitu Kim Raymond mengundang perhatian ramai apabila memeluk Islam pada 24 Oktober lalu.

Detik istimewa itu dikongsi akaun New Muslims Community memaparkan Kim Raymond bersama pendakwah terkenal, Datuk Sheikh Hussain Yee, yang juga merupakan Presiden Al-Khadeem.

Bekas isteri Keith Foo, Kim Amal Raymond peluk Islam

Dalam hantaran tersebut, kelihatan Kim Raymond mengenakan jubah hitam beserta selendang ditemani ahli keluarga dan rakan-rakannya.

kim raymond

Dalam ucapan penuh doa, New Muslims Community turut memohon agar Kim dipermudahkan dalam mendalami agama Islam.

Tidak lupa, penghargaan turut diberikan kepada penaja Kit Muslim Baru daripada @zaahara.group yang membantu memulakan perjalanan baharu ini.

#OhmediaNasihat

Hidayah adalah anugerah terbesar daripada Allah SWT, dan kisah Kim Raymond ini membuktikan keindahan jalan yang dipilih dengan ikhlas. Buat kita semua, marilah terus mendalami ilmu agama dan menyokong saudara baru agar perjalanan mereka sentiasa dipermudahkan.


Scroll to Top