Detik “Waning Crescent” di Menara Kuala Lumpur memukau ribuan mata

Detik “Waning Crescent” di Menara Kuala Lumpur memukau ribuan mata

Kuala Lumpur: Sebuah foto yang diambil oleh jurugambar yang dikenali sebagai Zairul Puad  berjaya raih tumpuan ramai pengguna media sosial terutamanya di aplikasi Instagram dan juga Tiktok.

Foto yang memukau itu tular kerana keunikannya yang memperlihatkan kedudukan Waning Crescent ataupun dikenali sebagai Bulan Sabit berada tepat di belakang Menara Kuala Lumpur.

Waning Crescent Moonrise Phase atau dikenali sebagai Fasa Bulan Sabit Akhir ini merupakan fasa apabila separuh daripada bahagian kiri bulan diterangi oleh cahaya matahari. Sewaktu fasa ini, bahagian bulan yang bercahaya akan semakin berkurangan.

Anggaran peratusan bulan yang dapat dilihat ketika fasa ini adalah dari 34% hingga 3%. Setelah melalui fasa ini, bulan akan mengulangi semula fasa yang pertama iaitu bulan baharu.

“Waning Crescent (Bulan Sabit) antara shot yang susah bagi saya disebabkan keadaan awan yang tidak menentu dan bulan naik pada awal pagi. “ Kata Zairul Puad di tiktok beliau.

Ujarnya lagi, beliau terpaksa bangun seawal jam 3 pagi untuk merakam detik terbitnya bulan sabit ini dan menjadikan Menara Kuala Lumpur sebagai watak sandaran di dalam foto tersebut.

Namun begitu, hasil foto daripada kegigihan serta teknik seorang jurugambar professional, Zairul Puad itu telah mendapat pujian orang ramai termasuk dari dalam mahupun luar negara.

Justeru, ia juga dapat menunjukkan kemegahan serta keindahan pemandangan Menara Kuala Lumpur yang merupakan salah satu bangunan ikonik di negara kita dan juga menara tertinggi pertama yang dibina di Malaysia sebelum berdirinya Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur.

 

SITI AISYAH BINTI ABDUL AZIZ

Pelajar Komunikasi Media Baharu

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

 

 

Scroll to Top