am@hmetro.com.my
Nilai: Remaja berusia 16 tahun dikhuatiri hilang selepas kali terakhir dilihat kira-kira jam 8 malam Isnin minggu lalu dekat Jalan PCH 20, Perdana College Height, Pajam, di sini.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya menerima laporan bersabit kes kehilangan seorang remaja perempuan berbangsa India pada 26 November lalu.
“Remaja itu dikenali sebagai Anisha Beth, 16 dengan ketinggian 160 sentimeter, berkulit sawo matang, rambut perang dan berhidung mancung.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan orang hilang (OH) dimohon menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Syuhada Laftib di talian 017-9437584.
“Boleh juga berhubung dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7904389 atau boleh tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan berhubung dengan kes,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




