Di Sebalik Seri Gemilang Fasha Sandha, Tersimpan Satu Misi Untuk Wanita Malaysia | Branded – Oh! Media

Di Sebalik Seri Gemilang Fasha Sandha, Tersimpan Satu Misi Untuk Wanita Malaysia | Branded – Oh! Media

Ramai yang mengagumi penampilan Fasha Sandha yang sentiasa anggun, yakin dan berseri. Namun bagi duta Safi Youth Gold Rania itu, seri keremajaan bukan sekadar tentang kelihatan muda, tetapi tentang keyakinan untuk terus menjadi versi diri yang paling gemilang.

Nilai inilah yang menjadi inspirasi kepada kempen Semarakkan Seri Keremajaan, yang mengajak wanita Malaysia kembali menghargai diri sendiri di sebalik kesibukan kehidupan.

Bagi Safinah, 35, seorang ibu muda, kehidupannya banyak berubah selepas bergelar ibu. Setiap hari dipenuhi dengan rutin menguruskan anak, keluarga dan pekerjaan sehingga tanpa sedar, dirinya sendiri sering menjadi keutamaan terakhir.

Lama-kelamaan, perubahan itu turut jelas kelihatan pada kulitnya. Kulit yang dahulunya anjal dan berseri mula kelihatan kusam, kurang bermaya dan garis halus mula muncul. Lebih daripada itu, beliau mula merasakan keyakinannya turut semakin pudar setiap kali melihat cermin.

Menyedari ramai wanita mengalami pengalaman yang sama, Safi Youth Gold Rania kini tampil dengan wajah baharu serta formulasi yang dipertingkatkan menggunakan Peptida Kolagen, membantu kulit tampil lebih cerah, anjal dan berseri.

Serum Halal Pertama Di Malaysia Dengan Teknologi Spicules PDRN

safi rania

Antara inovasi terbaharu ialah Safi Youth Gold Rania PDRN Booster Repair Serum, serum Halal pertama di Malaysia dengan teknologi Spicules PDRN.

Gabungan teknologi PDRN dan Micro Spicules membantu bahan aktif meresap dengan lebih efektif untuk menyokong proses pembaikan kulit, meningkatkan keanjalan serta menguatkan skin barrier. Keberkesanannya turut dibuktikan secara klinikal dengan kulit kelihatan lebih cerah, anjal dan gebu seawal tiga hari.

100 Kisah Wanita Malaysia Jadi Inspirasi

Kisah Safinah hanyalah satu daripada 100 kisah wanita Malaysia yang dikongsikan menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan. Daripada semua penyertaan, lima wanita telah dipilih untuk melalui perjalanan transformasi bersama Safi Youth Gold Rania sebagai inspirasi kepada lebih ramai wanita agar kembali menghargai diri sendiri.

Alami Sendiri Semarakkan Seri Keremajaan

safi rania

Orang ramai dijemput ke acara Semarakkan Seri Keremajaan Bersama Safi Youth Gold Rania x Watsons yang berlangsung pada 22 hingga 26 Julai 2026 di Central i-City, Shah Alam.

Pengunjung boleh menikmati analisis kulit secara percuma, mencuba rangkaian baharu Safi Youth Gold Rania, menyertai pelbagai aktiviti menarik serta promosi eksklusif.

Kemuncak acara pastinya sesi Meet & Greet bersama Fasha Sandha pada 25 Julai 2026. Inilah peluang terbaik untuk bertemu lebih dekat dengan duta Safi Youth Gold Rania dan mendapatkan inspirasi untuk terus tampil yakin, berseri dan gemilang.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian baharu Safi Youth Gold Rania, layari https://safi.com.my/ serta ikuti Safi Malaysia di Facebook dan @safimalaysia di Instagram.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.

Scroll to Top