Pelakon Linda Hashim mendakwa dia dipukul oleh suaminya yang juga aktor Beego dan mendedahkan punca sebenar dia tidak pulang ke rumah selama sembilan bulan.
Memetik mStar Online, Linda berkata dia turut bimbang anak-anak dikasari serta mereka turut trauma melihat insiden keganasan rumah tangga sebelum ini.
BACA: “Linda Kata Dia Masih Isteri Yang Sah, Kenapa Tak Balik Rumah?”
“Ada empat sebab kenapa saya tak balik ke rumah selama sembilan bulan. Pertama, saya kena pukul sejak 2016. Kedua, anak-anak saya tak nak balik kerana mereka trauma.
“Ketiga kunci rumah ada pada dia dan keempat apabila saya balik rumah, dia akan mangga pintu rumah dari luar. Saya ada saksi yang tolong memotong mangga. Selama ini saya diam, sekarang saya beritahu perkara sebenar,” katanya.
Sementara itu, Linda berkata dia mempunyai laporan polis serta surat perintah larangan mengganggu atau mendekati (OACC) yang menghalang Beego daripada mendekatinya.
Malah, Linda turut memberi amaran kepada Beego agar tidak lagi melakukan provokasi terhadap dirinya dan anak-anak kerana dia mempunyai banyak bukti.
“Jangan ganggu kehidupan kami yang kini lebih tenang. Jangan sebar fitnah dan manipulasi. Jangan tambah-tambah cerita dan provoke sebab saya langsung tak ganggu hidup dia.
“Baru saya muat naik mengenai anak-anak, dia sudah kata saya provoke. Belum lagi saya dedahkan bukti-bukti yang banyak dalam telefon saya. Ini amaran saya,” katanya.
Sumber: mStar Online




