“Tangan Yang Digunakan Untuk Menyakiti Orang Lain Sebenarnya Menzalimi Diri Sendiri” – Isyariana

“Tangan Yang Digunakan Untuk Menyakiti Orang Lain Sebenarnya Menzalimi Diri Sendiri” – Isyariana

Perkongsian pelakon Isyariana mengenai pembelajaran fardhu ain termasuk  mengenai tujuh anggota badan yang harus dijaga mencuri perhatian.

Kata Isyariana atau nama lengkapnya, Isyariana Che Azmi, 34, bab lidah dan tangan mengingatkannya bahawa setiap kata-kata yang diungkapkan dengan niat menyakiti orang lain sebenarnya adalah perbuatan menzalimi diri sendiri.

Jelasnya, perbuatan ini termasuklah meninggalkan komen berbentuk makian, cacian dan sebagainya boleh membuatkan manusia itu muflis di akhirat kelak.

“Bila masuk balik fardhu ain, refresh balik 7 anggota mesti dijaga, dalam bab lidah dan tangan terus ingatkan aku bahawa setiap kata kata atau tangan yang digunakan untuk menyakiti orang lain sebenarnya menzalimi diri sendiri.

“Kita tak sedar taip yang bukan-bukan membenci memaki dan sebagainya boleh jadi muflis dekat akhirat. Wallahualam,” kongsinya di platform Threads.

Scroll to Top