“Dia Cakap Saya Sakit Hati, ‘Ugut’ Minta Padam Posting”- Adik Bongsu Aliff Syukri Dedah Pesanan Mesej Rebecca Al Islam

“Dia Cakap Saya Sakit Hati, ‘Ugut’ Minta Padam Posting”- Adik Bongsu Aliff Syukri Dedah Pesanan Mesej Rebecca Al Islam

Kemelut keluarga usahawan Bonda Rozita Ibrahim dan pelakon Rebecca Nur Al-Islam masih belum menemui titik noktah.

Baru-baru ini, dalam satu sesi siaran langsung di TikTok, anak kepada Rozita, Maryam Nur Amani, mendedahkan bahawa Rebecca menghubungi ibunya mengenai hantaran yang dimuat naik di media sosial sebelum ini.

Namun, Amani tegas dengan pendirian untuk tidak memadam hantaran tersebut.

“Rebecca ada mesej mak saya, dia cakap, ‘Saya sakit hati, saya akan padam hantaran saya kalau anak-anak bonda padam hantaran mereka.’”

“Untuk apa? Kami tak nak padam. Biarkan sahaja, biar orang tahu perangai kau macam mana,” katanya.

Tambahnya, keluarganya sangat menjaga privasi termasuklah tidak pernah berkongsi masalah peribadi di media sosial.

“Kalau nak tahu, keluarga bonda tak pernah kongsi hal keluarga secara online.

“Tapi bila kami tunjuk isu ni di media, nampak sangat betapa besar masalah ni sebenarnya.

“Benda boleh bincang, sama ada telefon atau mesej, tapi dia tak nak,” jelasnya.

Sebelum ini, Rebecca dan Datin Shahida menuai tumpuan selepas kedua-duanya saling berbalah di media sosial mengenai isu keluarga mereka.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Dakwa Pihak Sana Cuba Malukan, Rebecca Bersumpah Tidak Berhutang RM1.5 Juta!

ARTIKEL BERKAITAN:Akur Nasihat Abang, Rebecca Padam Video Bidas Kenyataan Isteri Aliff Syukri – “Semoga Along Bahagia Bersama Isteri & Anak-Anak”

ARTIKEL BERKAITAN:“Cukup-Cukuplah Apa Yang Berlaku Pada Keluarga Saya”- Aliff Syukri

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Saya Dah Terkenal Dari Umur 17 Tahun, Makcik B*doh Ke?” – Didakwa ‘Mencapap’, Rebecca Nur Al Islam Bidas Isteri Aliff Syukri

Scroll to Top