“Dia Dibelai Suami Orang..” – Isteri Jadi ‘Office Wife’, Sanggup Gadai Maruah Demi Duit

“Dia Dibelai Suami Orang..” – Isteri Jadi ‘Office Wife’, Sanggup Gadai Maruah Demi Duit

Oh! Tidak

Lelaki terjah isteri berpakaian seksi di dalam kereta dengan skandalnya iaitu seorang doktor.


Siapa sangka, selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, seorang lelaki terpaksa menamatkan rumahtangga selepas isteri curang di tempat kerja.

Lebih menyayat hati, pengkhianatan itu berlaku walaupun dia selama ini setia menyokong dan mempercayai isterinya sepenuh hati.

Melalui perkongsian di Facebook, Jason Wong mendedahkan bagaimana pengorbanannya sebagai suami hanya dibalas dengan kecurangan.

“Saya tak pernah sangka dia sanggup curang”

Isteri Curang

Katanya, rumah tangga mereka bukan musnah kerana miskin atau tiada persefahaman, tetapi kerana hadirnya lelaki berstatus profesional yang sudah berkahwin namun tergamak merosakkan rumah tangga orang lain.

Jason berkata dia sentiasa berada di sisi isterinya sejak wanita itu bekerja. Dia menghantar ke outstation, setia menemani isteri walaupun terpaksa berhubung jarak jauh, jadi pendengar bila stres, menyiapkan kerja bila penat, malah sering menunggu setiap kali isterinya pulang lewat malam.

Saya tak pernah curiga sebab saya percaya. Tapi rupanya, selama ini dia dibelai oleh orang yang dah berumah tangga. Berstatus profesional, dihormati masyarakat, tapi hakikatnya tak lebih daripada perosak rumah tangga orang.

Dia juga meluahkan rasa kecewa bila isterinya sanggup terjebak hanya kerana “ayat manis, janji manis, dan duit” sehingga sanggup gadaikan maruah sendiri.

Tetap bangkit demi anak-anak

Curang

Walaupun hatinya hancur, Jason memilih untuk bangkit kerana anak-anak. Dia mengaku cuba bertahan, namun bila peluang kedua yang diberi tetap tidak mengubah keadaan, dia nekad untuk menamatkan perkahwinan itu.

Jason turut berpesan kepada pasangan yang sanggup curang dengan pasangan sendiri.

Sekali kau buang maruah, sampai bila-bila orang pandang hina. Curang itu pilihan, bukan kesilapan. Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

Dalam hantaran itu, Jason turut menyertakan video menerjah isterinya yang berpakaian seksi bersama skandal doktornya di dalam kereta.

Pssttt! Apa pun alasan, curang tetap satu pilihan yang akhirnya hanya meninggalkan luka dan trauma yang mendalam. Semoga Jason dan anak-anak baik-baik sahaja.

Kredit: Facebook Jason Wong
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top