Hantaran pelakon dan penyanyi, Betty Rahmad baru-baru ini mencuri perhatian selepas dia memuat naik sepotong video pendek memperlihatkan ibunya, Che Semah bertemu penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.
Menerusi video berdurasi lebih satu minit itu, Bella yang lengkap memaki abaya berona Ungu itu kelihatan gagal menahan sebak apabila Che Semah memberikan pesan dan menitipkan doa buat dirinya.
“Ramai sayang Bella.
“Dia layak mendapatkan segala kebahagiaan dan kegembiraan di dunia ni,” tulis pada kapsyen video berkenaan.
@bettyrahmadali Ramai sayang @Bella Astillah #chesemah #fyp ♬ Ketika Cinta Bertasbih Piano – DNP
Difahamkan, kehadiran Bella ke kediaman Betty baru-baru ini adalah bagi menghadiri majlis ilmu yang dianjurkannya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet sebak melihat perkongsian tersebut sekaligus mendoakan agar ibu anak dua itu sentiasa kuat dan bahagia dalam kehidupannya pada masa hadapan.