Baru-baru ini, pelakon Fattah Amin telah mendapat kejutan daripada sebuah kedai emas. Menerusi satu video yang tular di TikTok, memaparkan Fattah telah menerima kereta mewah jenama Lamborghini.
Dalam perkongsian tersebut, kelihatan Fattah yang sedang memeluk seorang lelaki yang memberikannya kunci kereta tersebut.
Fattah yang hadir ke majlis pelancaran Goldbar 999.9 telah mencuri perhatian ramai apabila dia telah memandu kereta pemberian daripada kedai emas tersebut.
Walau bagaimanapun, masih belum ada kepastian sama ada kereta Lamborghini tersebut adalah hadiah daripada kedai emas itu ataupun hanya untuk pemasaran sahaja.
Menjengah ke ruangan komen ramai yang meluahkan rasa gembira atas kejayaan Fattah, ada juga yang terus mendoakan agar dia dimurahkan rezeki.
