”Dia Tak Berseorangan..” – Shila Amzah Bongkar Lagi Ada ‘Individu’ Di Belakang Penyanyi Lagenda | Trending – Oh! Media

”Dia Tak Berseorangan..” – Shila Amzah Bongkar Lagi Ada ‘Individu’ Di Belakang Penyanyi Lagenda | Trending – Oh! Media

Trending

Shila Amzah dakwa ada ‘tangan ajaib’ di sebalik konflik dengan Amy Search. Nabila Huda pula diminta tidak dikaitkan.


Penyanyi terkenal, Shila Amzah tampil membuat kenyataan balas mengenai konflik yang sedang berlaku antara dirinya dan Amy Search dan menegaskan agar Nabila Huda tidak diheret dalam isu tersebut.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Shila memohon supaya orang ramai tidak menyalahkan anak kepada Amy Search itu kerana dia langsung tiada kaitan dengan konflik berkenaan.

Saya sudah berikan kenyataan saya. Tolong jangan babitkan Nabila Huda.

“Dia tidak berseorangan” – Shila Amzah

Shila Amzah

Lebih mengejutkan, Shila turut menggambarkan kewujudan individu tertentu yang didakwa menjadi dalang di sebalik kemelut ini.

Cari tahu benda dan tangan ajaib yang menyebabkan benda ni berlaku. Dia tidak berseorangan.

Menurut Shila, sepanjang 17 tahun beliau mengenali Amy Search dalam industri, penyanyi legenda itu tidak pernah bersikap sebegini.

Perkara itu juga membuatkan Shila yakin ada pengaruh luar yang mendorong situasi ini jadi lebih rumit.

Shila mohon maaf tak dapat dedah nama sebelum ini

Shila Amzah Ig

Shila turut memohon maaf kepada pihak media dan orang ramai kerana tidak dapat menyebut nama individu berkenaan secara terbuka ketika ditemu bual baru-baru ini.

Dalam keadaan penuh kamera di hadapan saya malam tadi menjadikan ia lebih teruk.

Shila sebelum ini telah membuat kenyataan mengenai pertikaian keluarga yang melibatkan dirinya, dan dilihat cuba menjernihkan keadaan tanpa membuka aib mana-mana pihak secara langsung.

Pssttt! Setiap konflik pasti ada kisah di sebaliknya. Sebelum membuat andaian, pastikan kita tahu cerita sebenar dan hormati ruang peribadi semua pihak.

Kredit: Instagram Story
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top