Oh! Artis
Diana Danielle enggan ulas status hubungan selepas video bersama lelaki tular. Akui lebih matang dan tak mahu tertekan soal jodoh.
Pelakon, Diana Danielle memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai status hubungannya susulan tular video di Instastory memaparkan dirinya bersama seorang lelaki yang didakwa sebagai kekasih.
Menurut laporan mStar, Diana berkata yang dia lebih selesa menyimpan hal peribadi untuk dirinya sendiri.
Saya tak nak letak apa-apa status sama ada seseorang itu teman lelaki ataupun tidak.
Nanti-nanti saya akan umumkan kalau sudah tiba waktu saya nak berkahwin. Setakat ini, apa yang saya kongsikan biarlah setakat itu sahaja.
“Saya rasa sangat gembira” – Diana Danielle

Dalam masa sama, aktres itu menegaskan dia tidak mahu membebankan diri dengan persepsi masyarakat terhadap kehidupan peribadinya.
Saya pun dah besar, bukanlah anak remaja yang baru nak berkawan dan kenal hati budi.
Pada masa ini, saya rasa sangat gembira. Doakan semoga saya juga dapat mencari kebahagiaan saya pada masa depan nanti.
Tidak ganggu emosi apabila ditanya soal jodoh

Ditanya mengenai tekanan daripada orang sekeliling berhubung soal jodoh, Diana menjelaskan perkara itu langsung tidak mengganggu emosinya.
Saya tak pernah dapat tekanan bila orang tanya bila nak kahwin, sebaliknya saya selalu dengar orang cakap jangan kahwin.
Ramai berkata sebegitu. Bukan saya minta nasihat, tetapi itu yang saya dengar. Namun, perkara itu tidak penting pun.
Sebelum ini, Diana dikatakan sedang hangat bercinta selepas dilihat keluar bersama seorang lelaki di sebuah pusat beli-belah.
Mereka didakwa berjalan sambil berpegangan tangan dan berpakaian sukan, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi. Difahamkan juga, lelaki berkulit sawo matang itu bukan dari kalangan industri seni.
Pssttt! Tak semua yang dikongsi di media sosial perlu dilabel atau disahkan. Hormati ruang peribadi seseorang kerana kebahagiaan bukan untuk dipertontonkan, tapi untuk dirasai.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




