Diana Danielle Mengaku Pernah Jadi Mangsa S*ksual – “Tiba-Tiba Dia Pegang Peha Saya’..”

Diana Danielle Mengaku Pernah Jadi Mangsa S*ksual – “Tiba-Tiba Dia Pegang Peha Saya’..”

Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle berkongsi peristiwa hitam apabila pernah menjadi mangsa gangguan seksual dikalangan orang terdekat.

Kata Diana menerusi podcast Jangan Sentuh Saya kolaborasi bersama Children’s Protection Society, ketika usianya mencecah 16 tahun, dia terpaksa menjalani penggambaran di set tanpa ditemani ibu tercinta akibat kekangan masa.

Namun, malang tidak berbau, Diana menjelaskan, pada ketika itu ibunya yang berstatus ibu tunggal tidak dapat mengambilnya sebaliknya meminta pertolongan pihak produksi.

Jelasnya, kejadian itu dilaporkan berlaku ketika salah seorang kru produksi berkenaan menghantarnya pulang ke rumah.

“Ada seorang lelaki ni hantar saya dekat rumah. Dia krew production hantar saya balik rumah dengan kereta dia sendiri.

“Masa saya nak turun, dia macam tak bagi katanya nak sembang. Tiba-tiba dia pegang peha saya. Masa tu, saya fikir saya perlu melakukan sesutu jadi saya tumbuk mulut dia,” katanya.

Dalam pada itu, ibu anak dua ini berkongsi, ketika usianya seawal enam tahun pula,  dia juga pernah digangu oleh rakan kepada ayah tirinya.

“Kawan ayah tiri saya datang ke rumah. Dia sangat baik, peramah dan suka budak-budak tapi ada satu insiden dia pernah ambil kesempatan ke atas diri saya.

“Tapi pada waktu itu saya rasa, saya antara kanak-kanak yang lebih aware jadi saya terus tarik diri daripada rapat dengan dia.

“Orang macam ni dia akan ambil  masa untuk ‘grooming’ kita. Jadi lama kelamaan tu dia sudah menunjukkan kelakuan tidak normal dan bila insiden itu jadi saya kaku dan terus lari.

“Dan dia juga seorang yang beragama dan sering dijadikan reference untuk semua orang. Jadi masa tu saya questioning myself.

“Saya bukan nak attack atau emphasis tapi kadang-kadang benda ni juga boleh jadi dalam kalangan orang terdekat,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Diana mengakui trauma itu terpaksa dipendamnya selama bertahun-tahun dan sehingga kini ibunya masih tidak mengetahui mengenai insiden hitam yang menimpanya.

“Sebelum episod podcast ini, saya tak pernah salahkan ibu saya dan sampai sekarang ibu saya belum tahu hal ini.

“Saya pernah cerita dengan salah seorang kawan saya sebab saya rasa saya perlu ceritakan dan luahkan pasal perkara ini. Dan, itupun mengambil masa beberapa hari untuk saya nekad beritahu rakan saya.

 

Scroll to Top