Diari Zara Qairina Dedah Tekanan Emosi Mendalam Terhadap Ibu | Oh! Tidak – Oh! Media

Diari Zara Qairina Dedah Tekanan Emosi Mendalam Terhadap Ibu | Oh! Tidak – Oh! Media

Oh! Tidak

Diari Zara Qairina dedah tekanan emosi terhadap ibu, termasuk kemarahan dan rasa tidak disayangi.


Mahkamah baru-baru ini didedahkan dengan satu perkara yang agak mengejutkan bila kandungan diari milik Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dibentangkan. Apa yang ditulis dalam diari tu penuh dengan luahan emosi yang sangat berat.

Menurut pakar psikiatri forensik, diari tersebut menunjukkan perasaan marah, benci dan keinginan untuk menjauhkan diri daripada keluarga, terutamanya terhadap individu yang dirujuk sebagai A2 iaitu ibunya sendiri.

Luahan emosi Zara Qairina terhadap ibu dalam diari

Zara Qairina

Saksi ke-67, Dr Chua Sze Hung menjelaskan bahawa diari tersebut mengandungi banyak catatan berkaitan ibunya dengan nada yang agak keras. Malah, beberapa halaman ditulis penuh dengan kata-kata kesat dan sindiran.

Diari tersebut mencerminkan persepsi si mati terhadap A2 (ibu). Dalam diari itu, si mati menulis beberapa halaman mengenai A2. Halaman-halaman yang menggambarkan A2 sarat dengan kata-kata kesat.- Katanya.

Menurutnya lagi, catatan tersebut juga menunjukkan perasaan marah yang berulang dan berpanjangan. Ia turut disertakan dengan tanda sarkastik serta ungkapan yang menggambarkan tekanan emosi yang tinggi.

Keinginan menjauhkan diri dan cari ketenangan

Zara Qairina

Apa yang lebih menyentuh, diari itu juga menunjukkan keinginan si mati untuk menjauhkan diri daripada keluarga dan mencari ketenangan di tempat lain. Seolah-olah dia cuba “lari” daripada situasi yang menekan dirinya.

Dia juga menyatakan lebih rela dibuli dan kehilangan barang berbanding terus dimarahi oleh ibunya/- Katanya.

Selain itu, terdapat juga luahan yang menunjukkan si mati berasa tidak disayangi serta mengalami tekanan emosi berpanjangan dalam hubungan kekeluargaan.

Diari hanya berdasarkan persepsi

Zara Qairina

Namun begitu, Dr Chua menegaskan bahawa semua kandungan dalam diari tersebut hanyalah berdasarkan persepsi si mati semata-mata. Ia tidak boleh dianggap sebagai fakta sebenar yang berlaku dalam realiti.

Setakat ini, prosiding inkues masih berjalan dan akan disambung semula pada 13 hingga 17 April bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang keseluruhan kes ini.

Pssttt! Kadang-kadang apa yang seseorang lalui dalam diam memang kita tak nampak pun. Sebab tu penting untuk kita lebih peka dengan orang sekeliling, terutama keluarga sendiri. Kalau ada masalah, jangan simpan sorang-sorang, cuba cari ruang untuk berbincang atau dapatkan bantuan sebelum semuanya jadi lebih berat.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top