Pelawak terkenal, Shuib didakwa atas enam pertuduhan iaitu gagal membayar cukai perkhidmatan termasuklah penalti berjumlah RM1.6 juta, tahun lalu.
Pengarah bersama, Koh Choon Guan, 33, dan syarikat mereka, Bubblebee Sdn Bhd turut didakwa masing-masing atas enam pertuduhan sama.
Memetik laporan Harian Metro, Shuib dan Koh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.
Difahamkan, mereka gagal membayar cukai perkhidmatan berjumlah keseluruhan RM1,191,153.78 dan penalti RM454,000 bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember tahun lalu.
Terdahulu, Shuib bersama pengarah syarikat Bubblebee Sdn Bhd, Kho Choon Guan, 33, didenda RM17,500 selepas mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan termasuklah tunggakan caruman Perkeso, tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Shuib Tepis Dakwaan Pergi Umrah Guna Duit Perkeso – “Fitnah Luar Biasa Ni”
Artikel Berkaitan: Kesal Suami Difitnah Seleweng Duit Syarikat, Watie Hanifiah Dedah Shuib Guna Wang Simpanan Bayar Gaji Pekerja
Artikel Berkaitan: Didenda RM17,500 Tak Bayar Caruman Perkeso, Shuib Sedia Hadapi Ujian Perniagaan
Artikel Berkaitan: Mengaku Bersalah Tak Bayar Caruman Perkeso, Shuib & Pengarah Bubblebee Didenda RM17,500
Sumber: Harian Metro




